Tuesday, June 30, 2009

ALLAH TELAH MENCIPTAKAN TUJUH LANGIT BERTINGKAT-TINGKAT...

Di sini akan saya cuba sebarkan teori yang dah dikaji oleh para cendekiawan dan pemikir tentang hal yang dicatatkan di dalam Al-Quran..

String Theory...

Pada tahun 1968,seorang ahli Fizik muda berbangsa Itali, Gabriele Veneziano,(kini bekerja di CERN) telah mempelajari persamaan matematik yang menjelaskan daya nuklear kuat. Beliau menemui persamaan ini membuka jalan pada penelitian daya tersembunyi di teras atom. Kemudian penelitian menimbulkan tarikan ilmuwan lainnya, Leonard Suskind dari Stanford University yang melihat bahawa persamaan tersebut menunjukkan sesuatu yang tersembunyi, sebuah partikel yang memiliki struktur dalaman yang boleh melendut dan meregang. Partikel ini bukan berbentuk titik atau bola, namun berbentuk string yang secara alami bergerak lentur.

Pada tahun 1973, seorang ahli Fizik sedang melanjutkan pemerhatian terhadap masalah string ini.Beliau ialah John H. Schwarz dari California Institute of Technology, mengemukakan bahawa jika string ini benar, maka string akan mampu menjelaskan banyak misteri alam ini. Schwarz berhasil menarik perhatian para ilmuwan dunia dan orang mulai banyak bergabung mendalami teori radikal ini.

Namun teori string mengalami halangan besar,iaitu terdapat beberapa keanehan pada perhitungan atau persamaan matematiknya. Pertama, teori string melibatkan sebuah partikel berjisim kosong dan partikel tachyon, iaitu partikel yang bergerak lebih cepat dari kecepatan cahaya. Telah disentuh sebelumnya bahawa Teori Relativiti tidak membenarkan adanya objek yang bergerak melebihi kecepatan cahaya. Teori string hampir-hampir tumbang.

Michael B. Green dari Cambridge University bergabung dengan Schwarz untuk mengkaji persamaan matematik Teori String ini lebih dalam. Pada tahun 1984 ,mereka berhasil meniadakan keanehan tersebut. Mereka menemukan bahawa partikel aneh yang menjadi halangan teori ini sebenarnya adalah “graviton” iaitu partikel untuk daya graviti. Peristiwa yang sangat bersejarah ini dicatat sebagai salah satu yang menggemparkan dunia. Schwarz dan Green menemukan daya graviti dalam persamaan mereka. Mereka berjaya menghilangkan 'anomalies' itu sekaligus mengukuhkan String Theory.

Selepas itu semakin ramai yang mengikuti String Theory ini sehinggalah mereka menemui masalah lain di mana String Theory ini melibatkan dimensi tambahan.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa kita hidup di alam dengan 3 dimensi-ruang iaitu panjang, lebar, dan tinggi ditambah 1 dimensi waktu menjadikan jumlahnya 4 dimensi ruang-waktu. Namun string harus bergerak di lebih dari 3 dimensi ruang itu. String harus bergerak di 9 dimensi ruang! Sehingga menurut teori string, alam yang kita tinggal ini sebenarnya memiliki 10 dimensi ruang waktu.

Lalu dimana dimensi-dimensi ruang lainnya? Mengapa kita tidak mampu melihat atau merasakannya? Sekali lagi Kaluza dan Klein mencadangkan bahwa 6 dimensi ruang ini berukuran sangat kecil sehingga tidak mampu diperhati.

Namun kemudian orang mulai menerima kehadiran dimensi tambahan ini karena memang seharusnya ada dimensi tambahan di alam ini bagi string untuk wujud. Kemudian mereka mendapati terdapat 5 teori string kesemuanya!Ini merupakan masalah besar. Bagaimana sebuah teori segala hal hadir dalam 5 versi? Setiap teori sama-sama benar namun memiliki perbezaan asas pada persamaan matematiknya.

M-Theory

Kemudian pada tahun 1995, pada konvensyen Fizik sedunia, seorang ahli Fizik yang kemudiannya menjadi sangat terkenal, iaitu Edward Witten, dari Institute for Advance Study, menerbitkan kertas kerjanya. Edward Witten digelar sebagai orang tercerdas di planet bumi ini dan mendapat panggilan “the true successor of Einstein”, beliau berhasil menggabungkan kelima teori string menjadi sebuah teori tunggal iaitu M-Theory.

Witten mengemukakan bahawa kelima teori string itu sebenarnya hanyalah ragam cara melihat suatu perkara yang sama. Kita bagaikan berada dalam ruangan gelap gelita dan saling meraba seekor gajah yang sama di depan kita. Sebahagiannya meraba kepalanya, sebahagian meraba kakinya, yang lainnya meraba belalainya dan ada yang meraba badannya, begitulah Edward Witten memberikan penerangan di dalam ruangan, barulah orang menyedari bahawa sebenarnya mereka semua meraba seekor gajah yang sama!

Penerangan yang dibawa oleh Witten dalam M-Theory nya ini adalah dengan menghadirkan sebuah dimensi ruang tambahan ke dalam perkiraan matematik teori string. Seluruh persamaan menjadi serasi dan semuanya menjadi masuk akal. Kini alam kita diyakini oleh string/M-theory memiliki 10 dimensi ruang menjadikan kesemuanya 11 dimensi ruang-waktu.

Apakah maksud 'M' dalam M-Theory itu?Edward Witten merahsiakannya.Anda tentu tahu jawapannya.


Apakah yang dibawa oleh M-Theory?


"Hijab Allah adalah Nur,yang apabila dibuka nescaya dapat membakar apa saja yang diperlihatkannya..."

(Hadis Qudsi dipetik dari Kitab Hikam)




M-Theory menjelaskan:

-String berbentuk tali teramat kecil yang memiliki panjang sahaja (1 dimensi) dengan kedua hujungnya terbuka (open loop).

-Terdapat string yang merata sehingga memiliki panjang dan lebar (2-dimensi), membentuk membrane (disingkat, “brane”) atau sebuah lembaran amat tipis. Kita sebut ini sebagai 2-brane. Sedangkan string 1 dimensi disebut dengan 1-brane.

-Kedua ujung string 1-brane harus melekat / bertumpu pada 2-brane.

*Model zarah asas 'string' dalam String Theory



Suatu perbezaan ketara dari M-Theory ialah dimensi tambahan yang dikatakan itu bukanlah teramat kecil malah,M-Theory memberi gambaran pada kemungkinan yang berlawanan, iaitu dimensi-ruang tambahan itu berukuran sangat besar. Kita mungkin hidup di alam semesta 3 diemensi-ruang yang berada di dalam sebuah dimensi-ruang yang lebih besar lagi,bahawa alam semesta kita berupa membrane 3 dimensi ruang atau 3-brane, dan alam 3-brane kita berada di dalam alam berdimensi lebih tinggi iaitu alam 4 dimensi-ruang atau 4-brane.

Agar lebih mudah difahami konsep membrane ini, bayangkanlah bahawa kaca televisyen anda adalah sebuah dunia dua dimensi. Semua karakter di dalam televisyen hidup di alam dengan 2 dimensi-ruang saja (hanya memiliki dimensi panjang dan lebar) mereka tidak memiliki dimensi ruang ke-tiga. Mereka tidak tahu dan tidak menyedarinya. Jarak antara mata anda ke kaca televisyen adalah sebuah dimensi-ruang ketiga yang tidak dimiliki alam dalam televisyen itu,atau boleh kita katakan bahawa untuk menemukan dimensi tambahan, maka makhluk yang hidup di dimensi kaca televisyen harus keluar dari kaca televisyen tersebut.

Sampai tahap ini apakah anda sudah dapat membayangkannya? Sekarang cuba bayangkan alam semesta kita adalah kaca televisyen tersebut. Televisyen dengan 3 dimensi ruang. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang keempat yang tidak dimiliki oleh alam kita. Alam di luar alam kita adalah sebuah alam semesta yang memiliki 4 dimensi-ruang.Sekarang bayangkan bila alam semesta dengan 4 dimensi-ruang itu adalah sebuah kaca televisyen. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang kelima yang tidak dimiliki oleh alam 4 dimensi-ruang.

Demikian seterusnya.




Alam semesta kita yaitu 3-brane berada di membrane yang lebih tinggi; 4 brane,atau dengan kata lain alam 3-brane kita dibungkus oleh alam 4-brane. M-Theory mengatakan bahawa alam 3-brane kita memiliki kemungkinan wujud berdampingan dengan alam 3-brane lainnya (parallel universe). Ada berapa banyak parallel universe? Tidak ada yang tahu.Infiniti.

Lalu dimana dimensi 5, 6, 7, 8, 9, dan 10?
Mari kita lanjutkan lagi membayangkannya. Bila alam 3-brane dibungkus alam 4-brane, maka:
Alam 3-brane dibungkus oleh alam 4-brane (lapis 1)
Alam 4-brane dibungkus oleh alam 5-brane (lapis 2)
Alam 5-brane dibungkus oleh alam 6-brane (lapis 3)
Alam 6-brane dibungkus oleh alam 7-brane (lapis 4)
Alam 7-brane dibungkus oleh alam 8-brane (lapis 5)
Alam 8-brane dibungkus oleh alam 9-brane (lapis 6)
Alam 9-brane dibungkus oleh alam 10-brane (lapis 7)


"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?"

(Nuh ayat 15)

"dan Kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kokoh,"

(An Naba' ayat 12)

Menarik?? Kita mesti ingat yang Al-Quran adalah kitab yang mengandungi seluruh ilmu di dunia. Cuma kita lah yang perlu mentafsirkan dan mengkaji supaya kita dapat ilmu dan kebenaran yang sebenar. Untuk mendapat ilmu, kita perlulah membacanya.


Contohnya, seorang pelajar belajar di universiti.
Pergi ke kuliah, mendengar dan mengambil nota dari pensyarah, (ibarat mendengar kuliah-kuliah ustaz atau ulama). Nak memahami lebih mendalam, baca buku yang berkenaan. Tak faham baca sekali, baca lagi sampai faham. Tak faham juga, ambik buku lain. Tapi kenapa jarang orang membaca Al-Quran sebegitu rupa? Kalau ada yang membaca pun, setakat baca tapi makne tidak tahu. Kita sama-samalah fikirkan.

Kita mesti ingat, Universiti-universiti ternama seluruh dunia sudah mula mengkaji kitab Al-Quran supaya dapat pecahkan kebuntuan masalah dalam berbagai kajian
mereka. Di mana kita dalam hal ini? Apa yang kita sibuk sekarang??..

No comments:

Post a Comment