Monday, June 29, 2009

MICHAEL JACKSON.......

Sekarang tengah hangat tentang kematian penyanyi Raja Pop dunia, Michael Jackson. Tapi saya di sini bukan nak bercerita pasal Michael. Sebab saya ada terdengar la dekat satu radio tu, die ceritakan tentang gelagat peminat si Michael nih. Ada sesetengah tu menangis-nangis sambil menjerit "Michael, we love you!!". Pastu, DJ radio tu tanye......"Is he heard what they said?"

Jadi, fikir-fikirkan lah..kadang-kadang kite ni terlampau taksub dengan apa yang tak sepatutnya.
Bagi peminat Michael Jackson, jangan bersedih sangat, kematian adat kehidupan.

Perbalahan.......

Jika diteliti segala kisah yang terbaru ini seperti krisis politik di Iran.... krisis di Thailand... kenapa boleh berlaku krisis itu. Siapa dalang sebenarnya? Jika anda dengar dan lihat dari kacamata pihak media, pernahkah anda terfikir, betul ke semua yang diwar-warkan itu? Mungkin ada yang yang benar, tetapi jika anda bertanya kepada penduduk itu sendiri, sudah pasti amat berbeza sekali berita yang anda dengar. Seperti di Iran baru- baru ni, jika dilihat dari media massa, kelihatan Iran sekarang seperti tidak aman kerana segelintir rakyat tidak menyokong kemenangan Ahmadinejjad. Keputusan berat sebelah, tidak adil, dan macam-macam lagi. Persoalan sekarang, siapa yang mula-mula menimbulkan hal ini? Apa latar-belakang orang itu? Siapakah golongan luar yang menyokong orang itu untuk bertanding? Sama seperti di Thailand, kenapa selalu berlaku pergolakan di selatan Thai itu? Siapa penduduknya?

Di sini anda akan nampak, ada sesuatu yang tidak kena berlaku tanpa pengetahuan kita. Di Malaysia sudah hampir-hampir terjadi, dan benda ini akan terjadi kalau kita semua tidak sedar akan perkara sebenar. Apa yang saya nak bawa di sini ialah, pengaruh dari orang asing. Siapakah orang asing itu? Sudah tentu lah orang yanga da kuasa di dunia ini. Siapa pulak orang yang berkuasa di dunia? Sudah tentulah......satu kaum yang telah menubuhkan pertubuhan rahsia iaitu Freemason dan Illuminati. Perkara ini memang tidak boleh disangkal lagi. Jika diperhatikan dimana tempat-tempat yang selalu berlaku huru-hara di dunia ini? Israel? U.S.A? Tidak sama sekali. Semua kawasan-kawasan yang dihuni penduduk Islam yang menjadi tempat berlakunya pergolakan. Saya cuma membawa anda untuk berfikir sekali tentang hal ini.

Dulu saya tidak tahu akan hal ini, tetapi pernah terfikir, kenapa PBB tidak membantu Palestin, tidak membantu negara-negara Islam seperti negara lain. Kenapa U.S.A selalu menggunakan kuasa veto nya untuk menjaga Israel. Apa yang lebihnya Israel itu sedangkan itu sebenarnya tanah orang Palestin? Kenapa kebanyakan berlakunya pergolakan adalah tempat orang Islam dan juga orang yang mencetuskan huru-hara itu ada kaitan dengan orang asing?

Renung-renungkan lah... Jangan lah kita lalai sehingga negara tergadai, baru terfikir akan kebenaran.

No comments:

Post a Comment