Wednesday, July 8, 2009

Kenalkah anda dengan ilmuwan islam?



Pelajar-pelajar di seluruh dunia termasuk negara Malaysia selalu dihidang dengan nama-nama ilmuwan barat seperti Isaac Newton(1642 - 1727), Stephen Hawking, dan ramai lagi. Saya dulu pun di zaman sekolah, selalu diberitahu nama-nama seperti itu. Setiap nama-nama yang disebut ada sejarah hidupnya. Rancangan dokumentari dunia seperti National Geographic dan History Channel selalu menayangkan sejarah hidup ilmuwan-ilmuwan ini. Sehinggakan kebanyakan penduduk dunia mengagung-agungkan ilmuwan barat ini. Banyak kisah tentang mereka sehinggakan ramai tidak terfikir, dari mana mereka dapat ilmu itu? Siapa yang mendidik mereka? Dari mana mereka dapat bahan bacaan untuk mereka belajar semua itu?

Sekarang saya masuk ke topik sebenar. Cuba anda sebutkan hanya 5 ilmuwan-ilmuwan islam dan bidang mereka masing-masing yang telah menjadi perintis dalam perkembangan ilmu di dunia. Saya rasa ramai yang terkial-kial mencari jawapan tersebut. Sebenarnya, kebanyakan ilmuwan islam inilah yang menjadi cikgu dan pembimbing kebanyakan ilmuwan barat. Buku-buku mereka diterjemah dan dikaji oleh dunia barat sehinggakan penduduk dunia sekarang kebanyakan menganggap dunia barat lah yang mula-mula meneroka alam ilmu pengetahuan yang serba luas ini. Sedangkan sudah lama dunia islam meneroka alam ini dengan mengkaji kitab Al-Quran dan Sunnah Nabi. Kita tidak kaji sejarah sebenar. Jika dikaji secara mendalam, kita akan dapat kenal pasti bahawa banyak sejarah-sejarah yang kita tahu sekarang jauh terpesong dari yang sebenar.



Sebagai umat islam, kita disarankan untuk mengkaji sejarah, bukan percaya bulat-bulat apa orang barat kata. Macam sekarang, dunia barat tidak pernah mengagung-agungkan ilmuwan islam. Amat jarang kita lihat mereka mengupas cerita dari A sampai Z berkenaan ilmuwan islam.
Cuma, akhir-akhir ini, ada segelintir pihak yang telah sedar tentang hal ini. Mereka mengkaji kitab-kitab ilmu dunia islam yang telah lama cuba disorokkan ramai pihak dan menyedari bahawa kebanyakan ilmu yang ada sekarang sebenarnya sudah dikaji ilmuwan islam dulu. Tapi yang menyedihkan, bukan orang islam yang cuba menyelongkar kebenaran itu, tetapi orang barat juga. Ke mana kita?? Masih lalai dan malas sehinggakan sudah ramai yang berani mempersoalkan tentang agama sendiri. Betapa longlai dan lemah jiwa umat islam sekarang. Mengapa jadi begitu...akan dikupas dalam siri The Arrival yang akan datang.

Inilah sebahagian senarai nama ilmuwan islam yang dapat saya kongsi bersama anda semua:

Al-Kindi (796 - 873 M)



Falsafah Arab terkemuka, dikenal juga sebagai pakar matematik, logik, fisika, astronomi, dan muzik. Beliau menulis buku dalam berbagai bidang kajian.

Abu Bakar Al-Razi [Razhes] (864 - 923 M)
Ahli fisika dan falsafah Arab terkemuka. Dikenal bijak juga sebagai ahli kimia, musil, astronomi, dan sastera (khususnya puisi). Beliau telah menulis leibh dari 200 kitab, dan yang paling terkenal adalah Al-Hawi (The Comprehensive) dan sebuah buku tentang cacar dan campak.

Ibnu Sina [Avecinne] (980 - 1037 M)



Saya rasa mungkin inilah salah seorang nama yang mungkin anda selalu dengar. Ahli falsafah dan ahli fisika yang sangat genius. Beliau telah menulis lebih dari 100 buku tentang falsafah adn kedoktoran. Yang paling terkenal adalah Al-Qanun (Hukum) di bidang kedoktoran dan Al-Syifa' (Kesembuhan) di bidang falsafah.


Abu Nashr Al-Farabi [Alfarabi] (878 - 950 M)




Falsafah muslim terkemuka, sekaligus pakar logik, matematik, dan muzik. Beliau mencuba mengahwinkan antara syariat islam dan falsafah yunani. Beliau juga menulis lebih dari 100 judul buku.

Abu Al-Raihan Al-Bairuni (973 - 1048 M)

Sejarawan, ahli matematik, astronomi, geografi, fisika, dan farmasi. Beliau adalah saintis terkemuka yang pertama kali menemukan bahawa bumi berputar pada paksinya. Beliau menulis lebih dari 120 buku.

Abu Hanifah Al-Dainawari (w. 895 M)

Falsafah sekaligus chronicler, Botanist, dan jurutera.

Al-Zamakhshari (1075 1144 M)
Salah seorang pakar terkemuka di bidang bahasa, tatabahasa Arab, dan tafsir. Beliau menulis lebih dari 10 buku, dan yang paling terkenal adalah Tafsir Al-Kasysyaf.


Ibnu Bajah [Ibn Bajja] (w. 1138M)

Falsafah Arab terkemuka yang menjelaskan buku-buku Aristotles. Beliau dikenal juga sebagai pakar kedoktoran, astronomi, dan muzik.

Ibnu Thufail (1100 - 1185 M)

Intelektual ensiklopedis Andalusia yang juga seorang falsafah, ahli astronomi, dan sasterawan (penyair). Karyanya yang paling terkenal adalah Kisah Hayy bin Yaqzhan yang menjadi ladang usahanya untuk mengahwinkan antara falsafah dan syariat.


Ibnu Rusyd [Averroes] (1126 - 1198 M)

Falsafah Arab Andalusia terkemuka, juga pakar hukum, sastera, kedoktoran, dan astronomi. Beliau juga terkenal sebagai pakar yang mencuba mengahwinkan falsafah dan syariat.


Ibnu Zahr (w. 1162 M)

Ahli fizik Arab yang mencuba membangunkan terpai perubatan moden. Beliau menulis sejumlah buku kedoktoran yang menjadi rujukan utama sehingga akhir abad 17 M.


Ibnu Khalkan (1211 - 1282 M)

Sejarawan dan biographer Arab. Beliau menyusun rujukan yang paling terkenal, iaitu Wafiyat Al-A'yan wa Anba' Al-Zaman.


Abu Mansur Al-Tsa'alibi (961 - 1038 M)

Sasterawan era Abbasiyah, sekaligus pakar bahasa dan sejarawan. Beliau menulis buku tentang kebudayaan, sejarah, dan bahasa, dan yang paling terkanl adalah Yatimat Al-Dahr fi Syu'ara' Ahl Al-'Ashr

Dan ramai lagi seperti Ibnu Abi Ushaibi'ah atau Rasyiduddin (w. 616 H), Abu Ash-Shillat Al-Andalusi (w. 529 H), Ibnu Madha' Al-Qurtubi, dan lain-lain. Jika dikumpul semua kisah-kisah ilmuwan islam ini dalam bentuk movie, pasti lebih panjang dari siri televisyen bersiri seperti Heroes, Prison Break, Smallville dan sebagainya.

Jika diperhatikan, kebanyakan dan tidak salah jika dikatakan semua ilmuwan islam dulu adalah ahli falsafah. Mengapa? Ini kerana mereka mendapat ilmu dari kitab Allah iaitu Al-Quran. Mereka kaji kitab. mereka cuba memahami Al-Quran dengan tafsir sambil mempelajari bahasa dan tatabahasa Al-Quran, kemudian membetulkan pemahamannya dengan logik, mengenal hukum-hukumnya dengan ilmu fiqh dan mendeduksinya dengan perangkat ushul fiqh. Ini kerana Al-Quran merupakan sumber pengetahuan tentang segala bentuk kehidupan dan fenomena alam. Di Dalamnya terkandung kaedah-kaedah sistematik yang mengatur peri kehidupan individu dan masyarakat. Di sini saya akan memberi sedikit sebanyak contoh-contoh ayat Al-Quran yang mungkin menjadi titik tolak bermulanya kajian-kajian mereka.

Maksud-maksud Firman Allah :

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir(berdampingan); yang ini tawar dan yang lain masin lagi pahit dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al-Furqan: 53)

"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat adn di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui." ( Al-An'am: 97)
"Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah telah menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui." (Yunus: 5)

"Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang melata di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki: Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (An-Nur: 45)

Banyak lagi yang boleh dikaji dan diteliti melalui Al-Quran, cuma kitalah yang perlu memulakan balik apa yang telah dimulakan oleh ilmuwan islam dulu. Kita perlu sedar, kita sudah ada satu kitab (Al-Quran) yang amat luas ilmunya. Tetapi, kita di dalam kerugian dan alpa kerana kita tidak tidak mengkajinya. Hasilnya, kita sekarang 70 tahun terkebelakang dari segi ilmu pengetahuan terutama sains dan teknologi berbanding negara barat. Sama-sama kita renungkan.

No comments:

Post a Comment